Balik dari tolong mak niaga aku dan kakak ipar bersam tiga anak dia keluar jalan - jalan sekitar bandar hilir.. hehehe area rumah aku je... kami ke mahkota parade. Memang itu plan beberapa hari ni. Gara - gara kawan seopis rekomen kedai Boat Noodle. Kami berlima makan dua rice mee chicken dan tiga rice mee meat, dua thai coffee iced, satu thai hot coffee, dua mineral / premium water, satu meatball apatah goreng ngan sayur... harga RM 62.30.. actually tak lah murah. mahal gak tapi terasa nak try tak apa lah. nak tahu kenapa kata mahal sebab mee dia sepinggan harga RM1.90 before GST. Dia ada service charge 5% n gst 6%. mee dia hanya sesuap. bagi aku dan kakak ipar n anak - anak buah aku tak berapa suka rasanya. Kuah mee dia macam masam2 cuka. ala thai kan. yang lain okey rasa dia. oh lupa.. Roti cicah kaya dia sedap. Roti dia lembut gila. dan di sebabkan itu selepas kami makan di Boat Noodle, kami ke kedai MEE TARIK TRADISIONAL..
Di mee tarik tradisional kami makan 2 mangkuk lamen meat mee n 1 mee sup ayam, air milo ais dan air kosong. puas sikit makan sini. Dan kami rekomen kedai ni. Besar, penuh mee dan daging or ayam. Kenyang gila. Dan harga di boleh tahan. Mahal tak kisah tapi yang penting rasa berbaloi dengan harga.
Itu cerita hari ini. boleh tahan sedapnya.
![]() |
| boat noodle |

No comments:
Post a Comment